กระเป๋าแบร์นเนมราคาถูก รองเท้าแท้ราคาถูก

วันพฤหัสบดีที่ 5 กุมภาพันธ์ พ.ศ. 2558

JDT tewaskan Bengaluru FC 2-1 kelayakan ACL

JDT tewaskan Bengaluru FC 2-1 kelayakan ACL


Johor Darul Ta'zim (JDT) meneruskan kemaraan untuk mencipta sejarah muncul wakil pertama Malaysia beraksi dalam Liga Juara-Juara Asia (ACL) apabila mara ke pusingan kedua kelayakan liga berkenaan setelah menewaskan Bengaluru FC 2-1 di Johor Bahru, malam tadi.Bagaimanapun, skuad bimbingan Bojan Hodak itu terpaksa beraksi sehingga ke masa tambahan pada perlawanan tersebut yang berlangsung di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, sebelum menyingkirkan wakil dari India itu.Permainan terpaksa diheret ke masa tambahan apabila kedua-dua pasukan terikat 1-1 selepas tamat 90 minit perlawanan.Pemain gantian, S Chanthuru yang masuk menggantikan Mahalli Jasuli pada minit ke-70, muncul wira apabila menjaringkan gol kemenangan tuan rumah pada minit ke-96.Pada perlawanan yang disaksikan hampir 18,000 penonton itu, permainan bermula hambar pada 10 minit pertama apabila kedua-dua pasukan gagal melakukan sebarang cubaan berbahaya.Hanya pada minit-20, pemain JDT Mohd Nazrin Mohd Nawi mempunyai peluang terbaik, namun tendangan percuma dari luar kotak penalti berjaya ditangkap kemas penjaga gol Bengaluru FC, K.Pawan.Selang tiga minit kemudian, pasukan pelawat pula menguji benteng JDT menerusi cubaan menarik John Johnson tetapi tandukan pemain pertahanan tersebut sekadar terkena palang.Ketua pasukan JDT, Safiq Rahim dan Mohd Amirulhadi Zainal turut menguji benteng pertahanan lawan pada minit ke-26 dan 31, namun cubaan mereka gagal menghadiahkan gol buat skuad Harimau Selatan itu.Safiq RahimKeputusan kekal seri tanpa jaringan sehingga tamat separuh masa pertama.Bersambung babak kedua, JDT berjaya memecah kebuntuan apabila Hariss Harun menanduk masuk bola pada minit ke-47 hasil tendangan sudut Safiq.Tersentak dengan jaringan tersebut, Bengaluru FC menggandakan asakan dan hasilnya kapten pasukan, Sunil Chhetri memusnahkan impian JDT untuk meraih kemenangan dalam masa 90 minit permainan apabila menjaringkan gol penyamaan pada minit-minit terakhir.Kedudukan tersebut sekali gus memaksa perlawanan dilanjutkan ke masa tambahan.Percaturan Hodak memasukkan Chanthuru berhasil apabila jaringannya pada minit ke-96 memastikan kemenangan menjadi milik JDT.JDT akan berdepan juara Liga Thailand, Bangkok Glass FC pada pusingan kedua kelayakan ACL di Bangkok pada 10 Feb ini.Jika skuad Harimau Selatan itu berjaya melepasi pusingan kedua tersebut, mereka akan berdepan juara 13 kali Liga China, Beijing Guoan pada 17 Feb di tempat lawan, sebelum layak beraksi dalam ACL.

ไม่มีความคิดเห็น:

แสดงความคิดเห็น